UUM

Friday 3 June 2011

tutorial hari ini

Pembangunan Kenegaraan (8.00pg-10.30pg)

Pembinaan Negara- Penubuhan Malaysia
-Latarbelakang Penubuhan Malaysia
-Tugasan kuiz (Apakah yang anda faham mengenai negara anda dan nilaikan perasaan anda menjadi sebahagian daripadanya.)

Pembangunan Sahsiah ( 10.30-1.00ptg)
- Menjawab soalan kuiz
-Pengajaran unit 6,7,8

Teknologi pengajaran dan pembelajaran

Kepentingan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran

  • Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan.

  • Menjimatkan masa, tenaga dan wang.

  • Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia juga boleh menghiburkan pelajar.

  • Mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh.

  • Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian.

  • Melibatkan pelbagai deria pelajar. Cth: penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar.

  • Memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar.

  • Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum.

  • Memperkayakan pengalaman pelajar. Cth: media bergerak boleh memperkayakan pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seoalah-olah mereka mengalaminya. Prinsip menggunakan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

  • Ia hanya merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia digunakan untuk membantu guru mengajar sesuatu topik dengan lebih berkesan.

  • Ia mesti digunakan untuk pengajaran dan bukan untuk hiburan dan membuang masa.

  • Penggunaannya mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu:
        sebelum kegunaan - merancangmasa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik pengajaran.
        semasa kegunaan - merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu pembelajaran.
        selepas kegunaan - merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan, kesimpulan dan penilaian.

  • Ia mesti dipilih berdasarkan kesuaiannya dari segi topik dan objektif pelajaran, latar belakang pelajar, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah.

  • Ia mesti digunakan untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran dan peringkat perkembangan pelajaran itu sama ada:
        - pengenalan topik
        - perkembangan pelajaran iaitu penerangan konsep
        - penutup dan kesimpulan topik pelajaran
        - penilaian kefahaman terhadap topik

  • Digunakan mengikut masa yang sesuai iaitu masa yang dapat merangsang pembelajaran

  • Digunakan dengan merujuk kepadanya dan bukan sekadar untuk menunjuk-nunjuk sahaja.

  • Selepas digunakan tanggalkan atau ubah supaya tidak mengganggu pelajar belajar seterusnya.

  • Setelah tamat sesi pengajaran, pamerkan untuk rujukan kelas di papan buletin kelas. Ciri-ciri dan jenis teknologi pendidikan yang baik

  • Alat yang dapat menjelaskan idea - idea yang kabur dan menrangkan isi-isi pelajaran.
        Contoh: Penggunaan cek terbuka dan tertutup yang telah diperbesarkan

  • Alat yang besar dan jelas untuk dilihat oleh semua pelajar.
        Contoh: Tulisan dan angka yang ditulis dalam transperensi mestilah besar dan jelas.

  • Tulisan dan gambar perlu dipelbagaikan warnanya.
        Contoh: Gunakan plebagai warna pen untk memberi penekanan kepada perkataan-perkataan dalam topik yang ingin diajar.

  • Gunakan bahan yang boleh tahan lama dan boleh disimpan.

  • Tunjukkan hasil dan kemahiran yang baik sekiranya alat dibuat sendiri.

  •